Saturday, January 30, 2010

Menangi tiket flymas semudah 1,2,3!

Winning air tickets is as easy as 1,2,3!

If you missed out on the previous flymas.mobi contest where we were giving out free air tickets, don’t be sad. You have another chance to be in the running to travel to places like exotic Turkey, beautiful Seoul, or very fashionable Tokyo for Free!

Flymas.mobi makes booking flights so easy, and not to mention environmentally friendly with paperless check in. You could just access details like your flight status and latest deals available from the comfort of your mobile.

Isn’t it nice that booking air tickets and flying is so much easier now? You know what else is easy? Joining this video contest is as easy as 1,2,3!

mas1

MAS is giving away attractive flight destinations as prizes for a special video contest coming your way this January 2010. Taking part in it is as easy as 1, 2, 3!

Step 1
Shoot a video of yourself rapping, singing, miming or reciting poetry a la Romeo and Juliet. It’s all up to you. The video has to be about how easy it is to fly with flymas.mobi, i.e. “flymas.mobi, as easy as….”. For example, some ideas that have been running through the Nuffies head are: flymas.mobi is as easy as blogging! Or flymas.mobi is as easy as eating pie!

Step 2
After shooting your awesome video, upload it into Youtube and write a blog entry that includes your video and this link, http://flymas.mobi in either Bahasa Melayu, English or Mandarin.

Step 3
Send your Youtube link and your blog entry’s permalink to flymas.mobi@nuffnang.com. Remember to include your full name, e-mail and mobile number for us to contact you if you win!

And that’s it, you’re all set! The most creative video highlighting how easy with flymas.mobi will win

Grand Prize: 2X return tickets to Istanbul
1st runner up: 2X return tickets to Tokyo/Seoul
2nd runner up: 2X return tickets to any ASEAN destination

The contest ends on 11.59pm, 5 Feb 2010. Start shooting your video and you could be on your way to exotic Istanbul…

mas2

Or to beautiful Seoul…

mas3

Or shopping up a storm in Tokyo!

mas3.JPG4

We won’t mind if you do the chicken dance, sing like Lady Gaga or anything that tickles your fancy, really. Just use your creativity. We’re looking forward to watch your videos!

Get the cameras rolling now!

Friday, January 29, 2010

Twitter - Buat Duit Dengan Churchurp n Revtwt

Salam....

Entry kali ini membicarakan mengenai Twitter yang boleh menjana duit jugak.

1. Churchurp - dibayar bila cukup RM100


2. Revtwt - dibayar dalam USD

Thursday, January 28, 2010

14 Tips Menjadi Blogger Hebat

Entry: Hanis Zalikha - Tips menjadi blogger masyhur/Terkenal

Terbaca dalam blog hanis zalikha mengenai tips nak jadi blogger yang masyhur. Saya pun teruja jugak tapi tak tahu la boleh ikut ke tidak ni. Insyaallah nanti nak cuba juga ikuti tips-tips hanis bagi tu. Kalau ada sesaper nak tips tu boleh la masuk dalam blog hanis. Thank you banyak-banyak diucapkan kepada hanis.

Anda mahu tips untuk menjadi blogger yang hebat? Layari blog hanis zalikha.

Saya nak bagi tak pandai la pulak hehe....

Memang mengancam tips-tips yang diberikan oleh Hanis Zalikha. Patutla blognya begitu popular dan tercalon di Nuffnang Awards.

Syabaslah Hanis Zalikha, jangan lupa kongsi-kongsi tips lagi di lain masa ya.Antara tips-tips yang diberikan adalah :

1)Alamat blog senang diingat dan difahami tetapi unik/catchy.
2)Tajuk blog mestilah hebat
3)Tajuk entry mengancam (Tips sama yang turut diberikan oleh BeautifulNara)
4)Isi entry setimpal dan bagus
5)Elakkan mengeja perkataan dengan ejaan pasar
6)Kosa kata yang luas atau dalam kata lain search engine (SEO)
7)Letakkan gambar yang menarik
8)Variasikan topik
9)Tema yang menarik , Simple but nice, cliche but true.
10)Selebihnya,boleh singgah sendiri di entry tersebut.Mmg bagus tips-tips yang diberikan ini.

Iklan Nuffnang - Boleh buat duit untuk blogger


Salam semua...

Entry hari ini bukannya menarik sangat, cuma saje nak update kan blog ni yang sudah lama menyepi...

Entry: Bagaimana buat duit dengan Nuffnang?



Cek ke-5 dari Nuffnang

How to make money from Nuffnang

I picked up a blog post that mentioned about my income from Nuffnang and the blog author of Malaysia Property Blog was rather demotivated because the blog failed to make any income from Nuffnang after a week.

Bolehlah anda layari web tersebut. :)

Juga boleh tengok dalam blog eyriqazz yang memang menarik ni..Thanks

Dan juga ebook percuma hasil tulisan Noorizamshah bolehlah didownload di sini :

Monday, December 7, 2009

Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota Bharu


ORANG ramai turut membantu Rashidah yang parah akibat terkena serpihan bangunan di KB Mall, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Suasana di pusat beli-belah KB Mall di sini petang semalam tiba-tiba gempar dan kelam-kabut. Ekoran dentuman yang sangat kuat, mereka menyangkakan berlaku gempa bumi di pusat beli-belah itu atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku.

Bagaimanapun, punca cemas itu terjawab apabila mereka mendapati sebuah kereta tiba-tiba bagaikan 'terjunam dari langit' terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.




Dalam kejadian yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri itu, belum sempat membeli barang keperluan, dua sahabat menemui ajal di dalam kompleks di Jalan Sultan Ibrahim di sini itu apabila sebuah kereta tiba-tiba terjunam dari tingkat tiga kompleks tersebut semalam.




Seorang lagi sahabat mereka, Rashidah Ahmad Latfi, 18, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Mereka bertiga merupakan pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di sini.

Mangsa, Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Felda Chiku, Gua Musang maut ketika berada di tingkat dua bersama Rashidah manakala Siti Nor Diana Azman, 18, Kampung Menjual, Chabang Empat, Tumpat berada di tingkat bawah sedang menuju ke atas dipercayai maut terkena serpihan runtuhan bangunan.

Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, sebuah kereta jenis Ford Laser yang berada di tempat letak kereta tidak berbumbung di tingkat tiga (atas sekali) bangunan itu dikatakan telah merempuh dinding lalu terjunam ke tingkat dua yang dipenuhi pengunjung.


LUBANG yang terbentuk selepas sebuah kereta terjunam ke bawah dari tempat letak kereta di tingkat tiga dalam kejadian menggerunkan di pusat membeli-belah KB Mall, Kota Bharu semalam.


Kereta tersebut menggelongsor laju di antara dua tangga bergerak di tempat kejadian.

Kejadian yang menggemparkan itu telah menyebabkan beratus-ratus pengunjung termasuk di tingkat lain lintang-pukang keluar bangunan apabila terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom.

Sumber: Kosmo (7 Disember 2009)

Friday, December 4, 2009

Ariffahmi Letak Jawatan CEO PMBK

Ariffahmi letak jawatan 23 Mac




KOTA BHARU - Menantu Menteri Besar Kelantan, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman (gambar) akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) pada 23 Mac tahun depan.

Menurutnya, beliau akan memberi notis peletakan jawatan pada 24 Disember ini.

"Merujuk kepada terma- terma dalam surat pelantikan, saya perlu memberi notis 90 hari dan ini bermakna tarikh akhir saya berada di pejabat ialah pada 23 Mac 2010," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ariffahmi yang berkhidmat selama lapan tahun di PMBK dilantik sebagai CEO sejak 20 September lalu. Sebelum itu beliau merupakan Ketua Pegawai Operasi.

Sumber: Kosmo

Thursday, December 3, 2009

Pelempar kasut Bush dibaling kasut


SEORANG wartawan (dalam bulatan) membaling kasut ke arah Muntazer pada satu sidang akhbar di Paris kelmarin.


PARIS - Wartawan penyiaran Iraq, Muntazer al-Zaidi yang dihukum penjara kerana membaling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, menjadi mangsa serangan serupa apabila dia pula yang dibaling kasut di sini.


MUNTAZER mengelak daripada terkena kasut pada satu sidang akhbar di Paris kelmarin.


Kejadian berlaku ketika dia berucap pada satu sidang akhbar kelmarin untuk mempromosikan kempen bagi membantu mangsa-mangsa perang di Iraq sebelum seorang lelaki yang mendakwa dirinya wartawan melempar kasut ke arah Muntazer.


Muntazer


Namun, rakaman televisyen menunjukkan kasut yang dibaling itu mengenai dinding berdekatan dengan kepala Muntazer dan sejurus kemudian kelihatan berlaku satu pergelutan.

"Dia mencuri teknik saya," ulas Muntazer.


WAJAH pembaling kasut ke arah Muntazer.


Media Perancis berkata, pembaling kasut itu ialah seorang wartawan Iraq yang berada dalam buangan.

Kejadian berlaku apabila wartawan itu mendakwa Muntazer menyokong diktator Saddam Hussein.


GAMBAR bertarikh 14 Disember 2008 menunjukkan Muntazer membaling kasut ke arah Bush di Baghdad.


Muntazer, 30, mula menjadi popular kerana pada 14 Disember 2008, dia menjerit ke arah Bush dengan menggelarnya sebagai anjing sebelum melemparkan kasut ke arahnya di Baghdad.

Dia melakukan perbuatan itu kerana tidak puas hati dengan serangan AS terhadap Iraq.

Dia dibebaskan pada September lalu selepas dihukum penjara selama setahun kerana didapati bersalah menyerang seorang pemimpin asing. - Agensi

Sumber: Kosmo Online

Modified by Blogger Tutorial

mymuaz ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP