Sunday, May 16, 2010

80% Umat Islam di Malaysia Tidak Solat

image "“Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menunaikan solat lima waktu dalam sehari”. Anda mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.
Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.

Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga.

Menurut kajian itu lagi hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi pelajar -pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. dan fakta ini ternyata menyamai dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sejumlah 86.2% responden mengakui kerap meninggalkan solat dan sejumlah kecil responden yang melaksanakan solat dengan secukupnya.

Selain dari itu kadar pelaksanaan yang rendah dalam ibadah solat di kalangan responden dalam kajian ini juga mungkin dapat dikaitkan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran responden dalam menunaikan ibadat tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan jumlah besar responden tidak menunaikan solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat diselesaikan dengan menjaga fakta-fakta atau cara melaksanakan solat. Sesungguhnya ia melibatkan banyak faktor lain termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadat. Menurut al-Kumayi (2009) terdapat tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu:

  • Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedang setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah.
  • Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia.
  • Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai.

Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan masalah yang serius atau cukup barat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan peluh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat dan penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan syarak.

Sumber : Tranungkite Online

Tuesday, April 27, 2010

Jana Duit Side Income - Modal RM20

Modal Rendah Rm20 Sahaja..Cepat Join

dari Jurnal seorang guru
http://ultimatebandito.blogspot.com/


Salam Kepada semua blogger dan kepada mereka yang inginkan Side Income yang Mana Boleh cecah
rm200 sehari..

Cikgu dapat Infom Ni dari member blogger..Si BOM(Best of Me)..Mesti kenal kan kepada Geng2 Nuff ni..So Bom Antar Sms kat cikgu..Apalagi..Cikgu Baca dan terus Join..Yup memang berbaloi Hasilnya..Thanks BOM..

Dan kepada mereka yang nak Join Silakan..Program ni baru Bulan Ni (Februari 2010) ditubuhkan..
Dan modal plak cuma rm20 sahaja..Murah kan..Cikgu dah join..U all apa lagi..Jom la join samer..

Ni linknya..U all clik untuk membacanya..



Sebarang Pertayaan boleh email kat cikgu ok...
email: gr_bandito@yahoo.com

Jana Duit Melalui Twitter

Anda mempunyai akaun twitter? Kalau ada mesti anda sudah tahu bahawa dengan twitter anda boleh menjana duit melalui internet. Bagaimana caranya? Senang sahaja. Anda mesti mendaftarkan twitter anda dengan churpchurp dan revtwt.

I am a Twitterer

Be a part of our network and earn money just by doing what you do best - Tweeting!


Churchurp

Contoh iklan churchurp

Watsons Christmas Campaign
  • Publish target: 07 Dec 2009Status: [Published]
    1 month, 2 weeks ago from Churp Churp by muazzuhdey



Revtwt

Contoh iklan revtwt

Caesar Gold 2

Cash for gold, best prices paid in Australia, toll free 1300 878 028
Pays out 20 cents/click | Click here to Tweet Caesar Gold 2
Only clicks from these countries will be paid: Australia

Sertailah Churpchurp dan Revtwt sekarang!

Friday, April 23, 2010

My Dream Destination

Thursday, April 22, 2010

CROCS: Original Vs Tiruan


http://jom-beli-crocs.blogspot.com/2010/03/perbezaan-di-antara-crocs-original-dan.html

Perbezaan Di Antara CROCS Original Dan Tiruan


MATERIAL
CROCS original meggunakan material jenis crocslite yang bermutu tinggi. Manakala CROCS tiruan menggunakan getah biasa. Anda boleh mengujinya dengan meletakkan CROCS original dan tiruan ke dalam air. CROCS original akan terapung manakala CROCS tiruan akan tenggelam.

HASIL PEMBUATAN
Kemasan CROCS tiruan tidak cantik dan sesetengah kasut tiruan kelihatan kemek dan senget benget.

TULISAN TAPAK
Tulisan pada tapak CROCS original - boulder , colorado (koma)
Tulisan pada tapak CROCS tiruan - boulder . colorado (titik)

PLASTIK
Sesetengah CROCS tiruan didatangkan dalam beg plastik. Beg plastik tidak menjamin ketulenan CROCS tersebut kerana CROCS original tidak didatangkan di dalam beg plastik.

SELESA, HEBAT, BERGAYA, BERKUALITI DAN PENUH CITARASA.




Thursday, February 25, 2010

Curi Motor di Taman Medan

PETALING JAYA: Sikap pemurah seorang pengusaha bengkel motosikal yang menawarkan harga barang ganti pada harga rendah membongkar kegiatannya yang menjadi dalang utama mencuri motosikal sejak dua tahun lalu.

RAMPAS...Arjunaidi (kanan) memeriksa motosikal yang dicuri mekanik. Gambar kanan, komponen motor yang sudah dileraikan.
RAMPAS...Arjunaidi (kanan) memeriksa motosikal yang dicuri mekanik. Gambar kanan, komponen motor yang sudah dileraikan.

Lelaki berusia 23 tahun terbabit yang menjalankan kerja membaiki motosikal di rumah sewa didiami dikesan bijak bermain wayang apabila pada masa sama bergiat aktif sebagai pencuri profesional dengan melarikan puluhan motosikal pada waktu malam.

Difahamkan, suspek memotong rantai motosikal dicuri sebelum menundanya ke dalam rumah sewanya dan dileraikan untuk dijadikan alat ganti bagi membaiki motosikal pelanggan.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kegiatan licik


suspek ditumpaskan selepas sepasukan anggota polis dari Unit Curi Kenderaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Petaling Jaya menyerbu sebuah rumah di Taman Medan di sini.



Menurutnya, dalam kejadian jam 8 pagi Ahad lalu, anggota polis diketuai Asisten Superintendan Nasrol Sain menyerbu rumah teres terbabit sebelum memberkas seorang lelaki berusia 23 tahun.


“Hasil siasatan mendapati suspek bersama dua rakan lain menjadikan rumah sewa itu sebagai markas kegiatan untuk menyorokkan motosikal curi sebelum komponennya dileraikan.


“Semua motosikal curi terbabit ditemui dalam sebuah bilik tidur sebelum dileraikan kepada komponen kecil membabitkan enjin, tayar, brek, lampu dan komponen kecil lain,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam.



Hasil pemeriksaan turut menemui lapan motosikal curi kebanyakan model Yamaha RXZ baru yang menunggu masa untuk dileraikan komponennya.



Beliau berkata, siasatan mendapati suspek menggunakan semula komponen curi yang sudah dileraikan itu sebagai modal untuk mengambil upah membaiki motosikal milik orang ramai terutama penduduk di sekitar Taman Medan.



“Suspek yang juga seorang mekanik motosikal dikesan menjalankan aktiviti mengambil upah membaiki motosikal penduduk kawasan terbabit dengan caj harga terlalu murah hingga dianggap tidak munasabah. Ini termasuk harga bagi komponen ganti yang ditawarkan,” katanya.



Susulan kejadian itu, polis masih memburu dua lagi rakan suspek dikenali sebagai Mazwan Mazlan, 20, dan Shahrul Mohd Yusuf, 25, yang menyembunyikan diri.



Menurutnya, suspek dikesan menggunakan komponen motosikal curi terbabit sebagai alat ganti pada motosikal rosak yang dihantar pelanggan.



“Malangnya ramai pengguna tidak menyedari suspek menggunakan alat ganti motosikal curi untuk membaiki motosikal mereka,” katanya.



Menurutnya, kebanyakan motosikal curi terbabit dikesan dicuri dari kawasan perumahan berkenaan dengan memotong rantai sebelum ditunda ke rumah dengan berjalan kaki.



“Mereka bukan saja mencuri motosikal di kawasan pangsapuri, malah turut berani mencuri motosikal di dalam pagar kawasan kediaman teres.



“Berdasarkan siasatan, suspek menggunakan alat pemotong berbentuk gunting untuk memotong rantai motosikal yang dipasang mangga kunci oleh pemiliknya. Sebaik rantai tayar motosikal itu dipotong, suspek akan menunda motosikal itu,” katanya.


Susulan kejadian itu, polis masih memburu dua lagi rakan suspek dikenali sebagai Mazwan Mazlan, 20, dan Shahrul Mohd Yusuf, 25, yang disyaki menyembunyikan diri.


Sumber: hmetro

Saturday, February 20, 2010

Layu di Tasik Titiwangsa

KUALA LUMPUR: Gelagat segelintir remaja berpelukan dan memadu kasih di Taman Tasik Titiwangsa di sini merimaskan pengunjung berkeluarga yang datang beriadah.


Perbuatan kurang sopan pasangan muda-mudi itu termasuk pada waktu siang dapat dilihat hampir setiap petang terutama pada hujung minggu dan sewaktu cuti persekolahan.

TAK MALU...sepasang kekasih ‘bermesra’ di tengah panas terik mentari di Taman Tasik Titiwangsa.

TAK MALU...sepasang kekasih ‘bermesra’ di tengah panas terik mentari di Taman Tasik Titiwangsa.


Seorang pengunjung berkata, kebanyakan pasangan remaja datang ke situ dengan tujuan untuk memadu kasih.


“Mata kami ‘berbulu’ apabila melihat mereka tanpa segan silu berpelukan di hadapan pengunjung.


“Ada antara mereka dengan selamba bercumbuan seolah-olah bukan berada di negara sendiri yang ada adat, budaya dan pegangan agama,” katanya.


Beliau yang sering berkunjung ke taman tasik itu untuk beriadah pernah menegur beberapa pasangan yang berkelakuan sumbang berikutan tidak tahan dengan sikap mereka.


Bagaimanapun, katanya, teguran itu tidak diendahkan sebaliknya dia pula dimarahi kerana dituduh menjaga tepi kain orang lain.


Menurutnya, papan tanda larangan berkelakuan sumbang juga ibarat hiasan taman berikutan tidak dipedulikan muda-mudi berkenaan.


“Mula-mula berpeluk di taman, lepas itu tunggulah kelak ada pula kisah bayi tak bersalah dibuang,” katanya.


Beliau berharap pihak bertanggungjawab terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dapat menjalankan pemantauan lebih kerap bagi mengekang aktiviti tidak bermoral itu daripada terus menjadi parah.


Tinjauan Metroplus mendapati hampir setiap sudut taman tasik yang tidak pernah lekang dengan pengunjung itu ‘dihiasi’ pasangan muda-mudi yang ‘mabuk’ cinta.


Dakwaan pengunjung juga berasas berikutan memang terdapat segelintir daripada mereka yang sedang asyik berpelukan, langsung tidak menghiraukan pandangan sinis pengunjung yang melihat gelagat mereka.


Lebih merosakkan pandangan, kehadiran Mat dan Minah Rempit yang menjadikan kawasan tasik sebagai ‘port’ lepak sambil bersosial turut mendapat pandangan kurang senang pengunjung.


Sementara itu, Penguasa Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan DBKL, Muhamad Irwan Abdullah, ketika dihubungi, berkata pihaknya hanya mampu menasihati pasangan muda-mudi terbabit daripada terus berkelakuan sumbang.


“Ini berikutan pihak jabatan tidak mempunyai kuasa untuk menahan mereka.


“Bagaimanapun, mereka boleh dikompaun RM300 jika melanggar peraturan yang ditetapkan di taman,” katanya.


Menurutnya, DBKL sentiasa melakukan rondaan berkala bagi memantau aktiviti kurang sihat yang berlaku di taman rekreasi di bawah pengurusan mereka.

sumber: hmetro

Modified by Blogger Tutorial

mymuaz ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP