Sebelum ini boleh dikatakan seluruh dunia dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak yang baru berusia 2 tahun sudah pandai menghisap rokok macam orang dewasa. Pagi ini pula akhbar The Sun telah menyiarkan gambar-gambar terkini dan juga klip rakaman video bagaimana kanak-kanak tersebut menikmati rokok sebagaimana seorang dewasa. Dan lebih mengejutkan lagi kanak-kanak tersebut perlu menghisap rokok sebanyak 40 batang sehari, sekiranya tidak dapat dia akan mengamuk. Kanak-kanak yang dimaksudkan adalah Ardi Rizal Mohammed, 2 tahun dari Musi Banyuasin, Indonesia.
Gambar-gambar terkini kanak-kanak terlibat dengan aksi rokoknya:
Berdasarkan laporan akhbar, bapanya mula memberikan rokok kepada kanak-kanak ini semasa dia berumur 18 bulan, punca atau sebab kenapa diberikan rokok tersebut tidak pula dinyatakan dengan jelas.
Ibunya pula memaklumkan anaknya kini sudah di tahap ketagihan yang serius, dia akan mengamuk dan menghantuk kepala ke dinding sekiranya tidak di berikan rokok. Bapanya seorang nelayan menyatakan anaknya nampak sihat dan tidak nampak sebarang masalah mengenai kegemaran anaknya itu.
Secara peribadi saya berpandangan sesuatu perlu dilakukan terhadap kanak-kanak tersebut supaya dia boleh berhenti merokok. Setakat ni tidak pernah pula jumpa mana-mana rokok yang telah disahkan tidak membahayakan kesihatan.
Untuk artikel dan rakaman klip video boleh rujuk ke laman asal di SINI.
sumber: http://myjazmanie.com