Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Wednesday, February 10, 2010

Arthritis


Pengenalan

Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi. Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah :

* Kerosakan Sendi
* Jangkitan kuman
* Penyakit yang diwarisi
* atau sebab-sebab lain

Arthritis yang sering dihidapi di kalangan dewasa adalah :

* Osteoarthritis (OA)
* Arthritis rheumatoid
* Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman
* Gout


OSTEOARTHRITIS(OA)

* Jenis yang paling lazim dihidapi
* Disebabkan oleh sendi yang telah haus akibat penggunaan
* Lebih kerap berlaku di kalangan warga tua
* Menjadi lebih sakit bila melakukan pergerakan
* Menjadi lebih sakit di penghujung hari


RHEUMATOID ARTHRITIS (RA)

* Lebih kerap dihidapi kaum wanita
* Disebabkan oleh tindakan daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri
* Menyebabkan kekejangan sendi di waktu pagi
* Kekejangan mengambil masa lebih dari tiga puluh minit untuk reda pada waktu pagi
* Sendi-sendi terlibat adalah jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki.


ARTHRITIS YANG DISEBABKAN JANGKITAN KUMAN

* Arthritis jenis ini disebabkan oleh kuman
* Anda selalunya demam dan menggigil
* Selalunya menyerang satu sendi sahaja


GOUT

* Disebabkan oleh asid urik yang mendap di sendi-sendi
* Lazim menyerang kaum lelaki di pertengahan umur
* Lazim menyerang pangkal ibu jari kaki

Tanda-Tanda Arthritis

* Sakit sendi (tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, tulang belakang di bahagian bawah)

* Sendi bengkak

* Kekejangan sendi

* Susah untuk bergerak seperti biasa

* Sakit apabila bergerak

* Perubahan kepada sendi

* Lutut berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lutut

* Otot betis menjadi kecut bagi penyakit osteoarthritis lutut

* Sakit bila sekeliling sendi ditekan



Berikut mungkin menambahkan risiko arthritis

* Peningkatan usia

* Badan terlalu gemuk:
o bagi penyakit osteoarthritis lutut


* Jika ada ahli keluarga yang mengidap peyakit arthritis:
o terutama sekali bagi osteoarthritis keseluruhan, gout ‘familial’


* Sendi yang terlebih fleksibel (‘hypermobile joints’)

* Kecederaan berat contoh bersukan

* Mencangkung bagi osteoarthritis lutut

* Pekerjaan:
o Osteoarthritis lutut bagi pekeja buruh
o Osteoarthritis punggung bagi peladang

Rawatan

* Boleh di ubati secara ubatan dan bukan ubatan untuk melegakan dan memulihkan fungsi sendi.
* Di sesetengah kes, pembedahan diperlukan.


Langkah-langkah mudah untuk kesihatan sendi

* Pengidap arthritis harus peka tentang penyakit mereka dan menambah pengetahuan mengenai penyakit tersebut
* Kurangkan berat badan
* Senaman sendi
* Menjalani program senaman yang membolehkan sendi mereka bergerak dengan lebih lancar dan otot mereka menjadi lebih kuat.
* Selain dari senaman sendi, anda juga harus bersenam untuk kesihatan am contohnya berjalan, berbasikal atau berenang.

Perlindungan Sendi

* Anda harus melindungi sendi anda dari kerosakan selanjutnya
* Elakkan aktiviti yang menambahkan tekanan pada sendi
* Guna alat pembantu untuk mengurangkan tekanan pada sendi contohnya penarik zip dan alat bantu bagi bangun dari kerusi, tandas dan katil
* Bagi osteoathritis lutut, elakkan mencangkung dan duduk di atas lantai. Apabila duduk di atas kerusi, pastikan kerusi itu di paras lutut dan tidak terlalu rendah. Gunakan kerusi yang ada pemegang tangan untuk membantu anda bangun dari kerusi
* Guna kasut yang boleh menyerap hentakan.


Penahan Sakit

Rawatan haba boleh melegakan sakit contohnya pek panas tetapi ini tidak boleh digunakan semasa sendi sedang mengalami radang. Ubat-ubatan boleh diberi untuk disapu atau dimakan:

* Ubat sapu contoh salicylate

* Penahan sakit contoh paracetamol

* Ubat anti- radang kerap diberi bagi meredakan sakit dan keradangan contoh bagi penyakit arthritis rheumatoid dan osteoarthritis

* Bagi kes yang teruk, ubat boleh disuntik terus ke sendi yang sakit

* Bagi arthritis rheumatoid, ubat-ubatan yang dipanggil ubat pengubah penyakit (’disease-modifying anti- rheumatic drugs) juga diberi awal untuk mengelakkan kecacatan.



Menangani Tekanan

Sakit sendi selalunya menyebabkan kekejangan otot dan tanda-tanda lain tekanan. Tekanan juga menentukan tahap kesakitan seseorang itu.

* Kerap rehat dan bertenang boleh membantu.
* Mengubah aktiviti anda untuk menyesuaikan diri dengan waktu sakit.
* Seimbangkan rehat dan aktiviti

Pembedahan

* Jika rawatan perubatan gagal dan sakit berterusan , pembedahan adalah salah satu penyelesaian.
* Pembedahan yang sering dilakukan ialah pembedahan gantian sendi.

Pencegahan

* Kurangkan berat badan- ini mengurangkan tekanan pada sendi

* Kerap bersenam- senaman membantu melancarkan pengaliran darah, memastikan tulang dan otot kita kuat. Ia juga membantu pergerakan sendi. Seimbangkan rehat dan senaman dan elakkan dari menggagahkan diri untuk bersenam jika anda megalami kesakitan

* Makan makanan yang seimbang – mustahak untuk mempunyai berat badan yang unggul dan mempunyai cukup zat. Elakkan dari makan makanan yang kaya dengan purin contohnya makanan laut, daging jika anda mengidap gout

* Pelihara sendi anda- kurangkan tekanan pada sendi, gunakan mekanisma badan dan postur yang betul . Ambil berat tentang kesakitan dan rehat jika penat.



Bagaimana ubat alternatif selamat?

Berhati-hati dalam penggunaan ubatan alternatif kerana kandungan bahan aktif jarang diketahui. Mungkin ada interaksi dengan ubat-ubatan lain yang diambil dan ubatan alternatif ini juga mungkin dicampur dengan bahan-bahan lain.
Bersikap positif

* Amalkan cara hidup sihat dan sentiasa bersikap positif.

* Walaupun arthritis adalah sebab utama kecacatan bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas, ianya boleh dirawat dan anda boleh mengambil langkah untuk mengurangkan risiko untuk mendapat arthritis.

* Hidup sejahtera dan bahagikan tugas anda mengikut kepentingannya.

* Menjadi ahli persatuan seperti Arthritis Foundation Malaysia dan Persatuan SLE Malaysia juga boleh membantu.



Sumber: http://www.myhealth.gov.my

Monday, October 26, 2009

Coli Rosakkan Payu Dara


SETIAP wanita perlu memakai coli yang sesuai dan selesa dengan kehendak payu dara.


PEMILIHAN saiz coli yang salah boleh mengakibatkan kerosakan jangka panjang pada tisu dan bentuk payu dara sekiranya terus dibiarkan.

Pada peringkat awal perkembangan biologi tubuh wanita, payu dara adalah agak kecil dan tidak kelihatan.

Pada usia sekitar 10 tahun pula, lapisan lemak di bawah epidermis masih lagi tidak terlalu tebal manakala ketika mencapai tahap matang, berlaku perkembangan optimum tubuh wanita. Ketika inilah pertumbuhan payu dara mulai matang.


KAJIAN menunjukkan lebih daripada 80 peratus wanita Asia memakai coli yang tidak mengikut saiz payu dara.



HARJIT KAUR





Bagaimanapun, selepas usia 35 tahun, pertumbuhan lemak di bahagian bawah epidermis telah sempurna dan menyebabkan bentuk payu dara mula berubah dan mengendur.

Maka, di sinilah pentingnya pemakaian coli yang betul. Pemilihan padanan coli yang sesuai dengan saiz payu dara boleh membantu memberikan satu ilusi tubuh yang lebih ramping, sempurna serta kelihatan tambah menarik.

Menurut kajian, lebih daripada 80 peratus wanita di Asia memakai coli yang tidak mengikut saiz payu dara. Ini kerana kurangnya pendedahan terhadap penjagaan payu dara.

Memiliki payu dara yang cantik merupakan aset seorang wanita. Namun semakin usia meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh, dan pengabaian penjagaannya, menyebabkan payu dara jatuh atau kurang menarik.

Menurut Konsultan Pakar Bedah Payu Dara dan Endokrin, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Harjit Kaur, golongan wanita perlu memakai coli yang bersesuaian dengan saiz payu dara bagi menguatkan sokongan luar di samping meningkatkan keselesaan dan memberi bentuk tubuh yang cantik.

“Cara memilih coli juga perlu betul, iaitu dengan mengambil kiraan ukur lilit bahagian bawah payu dara dan ukuran lilit payu dara. Kedua-dua jumlah ini ditolak dan hasilnya adalah ukuran yang anda perlukan.

“Misalnya, jika ukuran bawah ialah 84 sentimeter (sm) ditolak ukuran payu dara 72 sm menjadikan beza 12 sm. Bagi coli ukuran mangkuk A ialah 10 sm, B pula 12.5 sm dan C ialah 15 sm. Jika beza diperoleh 12 sm bermakna anda perlukan coli B cup.

“Pemakaian coli yang salah dan tidak sesuai juga boleh mengakibatkan masalah-masalah belakang, sakit kepala, ketegangan leher, ruam dan menarik struktur ligamen pada tubuh badan.

“Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada ujian yang membuktikan bahawa coli penyebab kanser payu dara. Ia hanyalah mitos,” ujarnya.

Apa pun, menjadi satu kelaziman wanita gemar memakai coli yang mempunyai mangkuk yang terlalu kecil atau terlalu longgar di bahagian tubuh bagi menampakkan bentuk yang menawan.

Memakai coli yang salah bukan sahaja tidak menyenangkan malah mungkin merimaskan. Jadi bagi mengelakkan terjadinya perkara yang lebih memudaratkan, wanita dinasihatkan memakai coli yang sesuai dan selesa dengan kehendak payu dara.


Sumber: http://www.kosmo.com.my

Saturday, October 24, 2009

Awas! Klorin Kolam Renang


ANCAMAN klorin lebih serius berbanding kesan asap rokok pasif ke atas kanak-kanak.


SAINTIS memberi amaran tentang peningkatan risiko asma kepada kanak-kanak yang kerap menggunakan kolam renang tertutup.

Menurut profesor toksikologi dari Universiti Catholic, Louvain, Perancis, Alfred Bernard, klorin yang terdapat di dalam kolam renang tersebut mampu mengganggu laluan udara dan paru-paru serta meningkatkan risiko alahan.

Kajian tersebut juga mendedahkan klorin yang digunakan meningkatkan kesan terhadap sistem pernafasan kanak-kanak sehingga lima kali ganda, lebih serius daripada kesan asap rokok pasif.

Modified by Blogger Tutorial

mymuaz ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP