Sunday, June 28, 2009

Hikmah ketujuh


Kata hikmah ketujuh hari ini ialah:

Hikmah keenam



Hikmah keenam hari ini ialah:

"Orang yang paling hina ialah orang yang memohon maaf daripada orang yang jahat (buruk akhlaknya atau bakhil).

Saturday, June 27, 2009

Hikmah kelima


Hikmah kelima hari ini ialah:

"Orang yang paling bodoh ialah apabila diceritakan sesuatu kepadanya maka dia lupa dan apabila dia bercakap maka dia gopoh dalam percakapannya dan apabila dia didorong melakukan keburukan maka dia terus melakukan keburukan tersebut."


Orang kita selalu lupa

Kita seringkali terlupa apa yang orang bagitau sesuatu yang baik kepada kita. Inilah kelemahan kita sebenarnya kan. Tapi kalau sesuatu yang tak baik tu, kita akan ingat lama sehingga kita didorong untuk mengungkitnya kembali serta diceritakan pula kepada orang sekeliling. Aduhai manusia ni. Kalau ada orang menyuruh buat baik, alangkah susahnya nak buat, tapi kalau orang suruh mengumpat senang je nak buat kan. Sebab tak perlu modal apa.

Suatu perkara yang perlu diketengahkan di sini ialah mengenai orang kita yang selalu lupa untuk menegur kesilapan kawan atau jiran sebelah. Katanya kalau menegur nanti orang kata kita ni nak jaga tepi kain orang pulak. Bagi pendapat saya, menegur tu tidak salah asalkan kita pandai menyusun ayat dan kata-kata semasa menegur. pandai-pandailah sama ada tunjukkan dari segi verbal atau non verbal, perbuatan kita atau pertuturan kita. Mungkin orang ni akan lembut hati atau cair dengan kata-kata yang manis dan menusuk kalbu.

Hikmah keempat


Hikmah keempat hari ini ialah:

"Orang yang paling dikasihimu ialah mereka yang paling banyak membantumu. Sekiranya tiada yang sedemikian, maka orang yang paling dikasihimu ialah orang yang paling banyak dibantu olehmu."


Sebenarnya memang sukar nak kita jumpa orang yang sanggup membantu kita. Apatah lagi semasa kita ditimpa kesusahan. Namun begitu, jangan pula kita anggap orang seperti ini tiada langsung dikeliling kita. Mereka ada, cumanya mereka juga perlukan bantuan daripada kita. Apabila kita banyak membantu orang lain, nescaya ramailah orang yang ingin membantu kita. Fikir-fikirlah yer.

Hikmah ketiga

Kata hikmah ketiga hari ini ialah:

"Orang yang paling jahil dari kalangan orang-orang jahil ialah mereka yang terjatuh ke dalam lubang binatang dua kali."

Hikmah kedua

Kata hikmah kedua hari ini ialah:

"Orang yang paling jauh bermusafir ialah mereka yang sedang mencari seorang sahabat yang disukainya"


Ini kerana seorang sahabat yang amat kita sukai sebenarnya susah untuk ditemui di mana-mana. Kalau terjumpa tu memanglah sangat beruntungnya orang itu.

Friday, June 26, 2009

Hikmah pertama

Kata hikmah pertama hari ini ialah:

"Orang yang paling bakhil dalam urusan hartanya ialah mereka yang terlalu pemurah dalam menggadaikan maruah dirinya."

Ini kerana tiada yang lebih berharga dalam hidupnya melainkan harta, sehingga maruah dirinya sendiri sanggup digadaikan demi mempertahankan harta daripada jatuh ke tangan orang lain.

Modified by Blogger Tutorial

mymuaz ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP