Hikmah kelima hari ini ialah:
"Orang yang paling bodoh ialah apabila diceritakan sesuatu kepadanya maka dia lupa dan apabila dia bercakap maka dia gopoh dalam percakapannya dan apabila dia didorong melakukan keburukan maka dia terus melakukan keburukan tersebut."
Orang kita selalu lupa
Kita seringkali terlupa apa yang orang bagitau sesuatu yang baik kepada kita. Inilah kelemahan kita sebenarnya kan. Tapi kalau sesuatu yang tak baik tu, kita akan ingat lama sehingga kita didorong untuk mengungkitnya kembali serta diceritakan pula kepada orang sekeliling. Aduhai manusia ni. Kalau ada orang menyuruh buat baik, alangkah susahnya nak buat, tapi kalau orang suruh mengumpat senang je nak buat kan. Sebab tak perlu modal apa.
Suatu perkara yang perlu diketengahkan di sini ialah mengenai orang kita yang selalu lupa untuk menegur kesilapan kawan atau jiran sebelah. Katanya kalau menegur nanti orang kata kita ni nak jaga tepi kain orang pulak. Bagi pendapat saya, menegur tu tidak salah asalkan kita pandai menyusun ayat dan kata-kata semasa menegur. pandai-pandailah sama ada tunjukkan dari segi verbal atau non verbal, perbuatan kita atau pertuturan kita. Mungkin orang ni akan lembut hati atau cair dengan kata-kata yang manis dan menusuk kalbu.

0 comments:
Post a Comment