Thursday, February 18, 2010

Manchester United menang 3-2 ke atas AC Milan


PERTAHANAN Daniele Bonera (kiri) dan pemain tengah AC Milan, David Beckham (tengah), cuba menghalang penyerang Manchester United, Wayne Rooney (kanan), dalam perlawanan bolasepak Kejohanan Juara-Juara, peringkat pertama, yang diadakan di Stadium San Siro, Milan, Italy, awal pagi tadi.


Dua jaringan Rooney bantu MU kejutkan AC Milan

MILAN: Dua jaringan menerusi tandukan Wayne Rooney membantu Manchester United mengejutkan kelab gergasi Itali, AC Milan 3-2 pada perlawanan pertama saingan kalah mati 16 pasukan Liga Juara-Juara Eropah, sebentar tadi.

Pasukan tuan rumah mendahului pada awal minit ke-3 menerusi jaringan Ronaldinho, tetapi United menyamakan kedudukan menerusi rembatan Paul Scholes pada minit ke-36.

Perlawanan di Stadium San Siro yang turut menampilkan bekas pemain United, David Beckham bagaimanapun lebih menyaksikan United mendominasi bola terutama pada babak kedua.

Ini menyaksikan jaringan Rooney hasil hantaran lintang Antonio Velencia dengan Rooney melakukan tandukan mengelirukan.

United yang terus menyerang dengan Darren Fletcher mengumpan bola tinggi di dalam kotak penalti sebelum ditanduk masuk Rooney untuk gol keduanya.

Milan berjaya merapatkan jurang jaringan menerusi Clarence Seedorf.

United dikejutkan apabila pengadil melayangkan kad merah kepada Michael Carrick pada minit terakhir perlawanan dan terlepas peluang beraksi pada saingan kedua di Old Trafford nanti.

0 comments:

Post a Comment

Modified by Blogger Tutorial

mymuaz ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP