Wednesday, January 26, 2011

Mayat bayi dibunuh kejam ditemui dalam baldi


25/01/2011 4:06pm
Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM 25 Jan. – Mayat seorang bayi perempuan yang baru lahir ditikam bertubi-tubi di badan, dimasukkan dalam beg kain sebelum disumbat dalam baldi di dalam tandas di sebuah rumah panjang Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini hari ini.

Ibu bayi malang itu, seorang warga Myanmar berusia awal 20-an yang merupakan suspek kejadian ditahan bagi membantu siasatan.

Mayat bayi malang itu ditemui sepasukan polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari selepas mendapat maklumat daripada orang awam. – Utusan

Bayi Baru Lahir Ditemui Mati Ditikam

KLANG: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui mati ditikam, dipercayai oleh ibunya di sebuah rumah sewa di Batu 4, Kampung Jawa di sini, Selasa.

Mayat bayi yang berlumuran darah akibat ditikam beberapa kali itu ditemui di atas pelapik plastik dalam bilik air rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan Zahedi Ayob berkata, wanita Myanmar yang mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dipercayai melahirkan bayi itu kira-kira pukul 9 pagi tadi.

“Wanita berusia 23 tahun itu dikatakan melahirkan anaknya bersendirian dan menyembunyikan diri dalam rumah sewanya.

“Polis mendapat panggilan pada pukul 12.45 tengah hari daripada orang awam yang mengesyaki sesuatu berlaku di rumah suspek,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata wanita itu ditemui dalam keadaan lemah dalam rumah itu dan polis turut menemui sejenis objek tajam yang dipercayai diguna dalam kejadian itu.

Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk bedah siasat manakala wanita terbabit yang ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan kes itu, juga dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan.

Sementara itu jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, berkata semalam beliau melihat wanita itu masih mengandung.

“Semalam saya lihat perut besar, hari ini sudah kempis dan pagi tadi saya nampak bahagian belakang dia penuh dengan darah,” katanya. – BERNAMA

Bayi baru lahir ditemui mati ditikam


ANGGOTA polis wanita membawa mayat bayi yang dibunuh ibunya, warga Myanmar yang mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR). Bayi itu dipercayai dilahirkan kira-kira jam 9 pagi tadi di Batu 4, Kampong Jawa, di Klang, hari ini. – Foto Roslin Mat Tahir

2011/01/25

KLANG: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui mati ditikam, dipercayai oleh ibunya di sebuah rumah sewa di Batu 4, Kampung Jawa di sini, hari ini.

Mayat bayi yang berlumuran darah akibat ditikam beberapa kali itu ditemui di atas pelapik plastik dalam bilik air rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Zahedi Ayob, berkata wanita Myanmar yang mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dipercayai melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi tadi.

“Wanita berusia 23 tahun itu dikatakan melahirkan anaknya bersendirian dan menyembunyikan diri dalam rumah sewanya.

“Polis mendapat panggilan pada pukul 12.45 tengah hari daripada orang awam yang mengesyaki sesuatu berlaku di rumah suspek,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, wanita itu ditemui dalam keadaan lemah dalam rumah itu dan polis turut menemui sejenis objek tajam yang dipercayai diguna dalam kejadian itu.

Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk bedah siasat, manakala wanita terbabit yang ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan kes itu, juga dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan.
Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, berkata semalam beliau melihat wanita itu masih mengandung.

“Semalam saya lihat perut besar, hari ini sudah kempis dan pagi tadi saya nampak bahagian belakang dia penuh dengan darah,” katanya. – BERNAMA

Monday, January 24, 2011

Baim Wong yang digilai wanita



Baim Wong terkejut melihat sambutan peminat yang ramai.


NAMA Muhammad Ibrahim atau Baim Wong mula meniti di bibir peminat-peminat wanita tanah air sejak sinetron Benci Bilang Cinta disiarkan di Astro Ria, tahun lalu.

Sejak itu, Baim yang dilahirkan pada 27 April 1981 tanpa disedari berjaya mengumpul kelompok peminat tersendiri dan sehingga kini beliau mempunyai pengikut lebih 3,000 orang di Malaysia.

Baim yang baru-baru ini dibawa oleh pihak Astro untuk mempromosi sinetron Kejora dan Bintang sebanyak 72 episod mengaku terkejut melihat sambutan peminat yang di luar dugaan.

"Ini bukan kali pertama saya datang ke Malaysia. Dulu saya datang bercuti, bebas bergerak ke mana sahaja. Kali ini, saya kaget kerana melihat ramai yang datang.

"Saya sangkakan peminat mengenali saya di Twitter dan Facebook sahaja tapi apa yang saya lihat di depan mata ini amat mengharukan," katanya.

Anak bongsu daripada lima adik beradik itu berharap Kejora dan Bintang, lakonannya bersama Alyssa Soebandono mampu memikat hati penonton Malaysia, seperti mana gandingannya bersama Marshanda menerusi Benci Bilang Cinta.

Beliau yang mula berlakon pada tahun 2001 berkata, wataknya sebagai Erlangga tidak banyak beza dengan karakter lakonannya menerusi sinetron lain.

"Wataknya tidak banyak beza dengan peranan saya dalam Benci Bilang Cinta, tapi apabila pasangan lakon berbeza, sudah pasti pendekatan saya juga berbeza.

"Saya sendiri dambakan watak berbeza tapi sehingga sekarang belum ada. Saya kepingin berlakon watak jahat kerana itulah cabaran bagi seorang pelakon," katanya.

Sinetron kedua lakonan Baim dengan Alyssa adalah Lagu Cinta Nirmala yang akan disiarkan di saluran RCTI tidak lama lagi.

Kata Baim, meskipun baru dua sinetron bersama Alyssa, namun sejak awal dia dapat merasakan keserasian yang memudahkan mereka untuk bergandingan.

Namun begitu anak kepada pasangan Johnny Wong dan Kartini Martaatmadja menolak untuk melakonkan adegan ranjang kerana bertentangan dengan prinsipnya.

Lantaran enggan membiarkan tubuhnya menjadi tontonan, Baim sanggup menolak tawaran berlakon filem biarpun beliau hanya berpeluang berlakon filem pada 2010 iaitu Pengantin Cinta.

Kata Baim, beliau lebih senang, kalau popularitinya dinilai daripada bakat dan bukan daripada adegan panas.

Baim pernah menjalin percintaan dengan pelakon dan penyanyi, Marshanda tetapi putus pada 2008. Kemudian Baim menjalin cinta dengan Jeslin Wang namun berpisah kerana perbezaan agama.

Setelah dua kali gagal, kini Baim lebih berhati-hati untuk mencari teman wanita yang serasi.

"Saya masih solo. Kalau ditakdirkan jodoh saya datang dalam waktu terdekat ini, saya tidak menolak dan menerimanya dengan senang hati.

"Bagi saya, zaman sekarang sukar untuk mencari wanita yang boleh dipercayai. Saya sukakan wanita yang solehah dan budiman, tidak kiralah siapa, asalkan memahami saya dan keluarga," katanya.

Baim yang ditemani keluarga ketika bertandang ke Kuala Lumpur berkata, selain berlakon, beliau turut menceburi bidang perniagaan makanan dengan

membuka restoran di Jakarta dan Bali.

Untuk permulaan, beliau mengurus Restoran Oh La La dan terbaru,Restoran Bakmilicious.

Lakonan Baim dapat ditonton menerusi sinetron Bukan Diriku, Soleha, Pasangan Heboh, Sejuta Cinta Marshanda, Diva dan Kauh Masih Kekasihku.

At.mosphere Dubai restoran tertinggi di dunia

Restoran Mewah Tertinggi di Dunia Hadir di Dubai
Fox News
Restoran At.mosphere tertinggi di dunia
January 24, 2011

DUBAI, 24 Jan — Dubai menempa sejarah lagi apabila mencatat rekod memiliki restoran tertinggi dunia yang beroperasi di Burj Khalifa, bangunan pencakar langit tertinggi di dunia.

Dinamakan “At.mosphere”, restoran itu terletak di aras 122 di binaan tertinggi yang pernah didirikan di atas muka bumi, yang menakluki ruang angkasa Dubai.

Pada ketinggian 442 meter, restoran itu terletak hanya dua aras di bawah dek tinjauan luar Burj Khalifa iaitu “At the Top”.

At.mosphere boleh memuatkan 210 tetamu dan mempunyai ruang legar yang luas dan mewah, dewan makan utama, bilik makan persendirian dan ruang pameran memasak.

“Burj Khalifa berjaya menjadi satu keajaiban kehidupan. Pengwujudan At.mosphere memberikan satu pengalaman menikmati hidangan tiada tolok bandingnya,” Mohamed Alabbar, Pengerusi Emaar Properties’ dalam satu kenyataan.

Emaar adalah pemaju bangunan 828 meter Burj Khalifa yang menempatkan pelbagai kemudahan perniagaan, dan ruang bersantai serta kemudahan kediaman dan penginapan Armani Hotel Dubai dan Armani Residences. — Bernama

Pengebom Berani Mati - Syahid atau Mati Katak?


Persoalan yang selalu dipersoalkan. Sikap dan tingkah umat yang pahat untuk ditelan dan hitam untuk dilihat. Membunuh dari dengan alasan jihad, bagai satu ajaran islam yg di anggap benar dan didukung oleh para pencinta dan pejuang-pejunag Islam.

Tetapi bagaimanakah persoalannya sebenarnya, hukum sebanarnya?. Benarkah Islam menganjur kita membunuh diri untuk tujuan Jihad?

Kita boleh menerima jihad pengoboman berani mati di Israel dan Plastine.. tetapi persoalan yg saya ketengahkan di sini, wajarkahkah perjuangan berani mati di negara-negara seperti Indonesia, Thailand, Pakistan, Afghanistan, Iraq dll. Jika sasarannya tentera2 musuh sangatlah mulia.. Bagimana pula jika sasaranya orang awam? Adakah tindakan ini juga dianggap mulia?

Boleh dikatakan hari-hari kita dihidangkan dengan kes-kes pengobomman yang dilakukan oleh penyerang berani mati terutama di negara-negara bergolak seperti Iraq, Afghanistan, Pakisan, Indonesia, Thailand dan Palastin. Serangan ini selalunya dikaitkan dengan kumpulan yang bernama Islam. Mereka juga mendakwa telah melakukan jihad. Tidaklah diketahui kesahihan perlaku penyerang ini, siapa dan dari kumpulan mana atau mungkin hanya sebagai fitnah dari media barat.

Walau apapun alasannya, perlakuan yang mengorban jiwa-jiwa orang awam yang tidak berdosa amatlah menyedihkan. Contohnya, kita digemparkan dengan pengebomamn berani mati di kawasan pasar di Iraq yang menyebabkan ramai kanak-kanak dan wanita yang berkecai. Tetapi, ramai pula yang mendakwa, siri pengoboman seperti ini bukan dilakukan oleh kumpulan Islam sejati tetapi dari kumpulan nasionalis yang fanatik mazhab dan melakukannya secara bersendirian. Ianya bertujauan untuk mengagalkan kerajaan yang dipimpin oleh bukan dari mazhab mereka.

Bolehkan pengebom berani mati ini, yang mensasarkan orang awam, diiktiraf sebagi jihad dan pengebom yang terbunuh adalah syahid? Ikuti pendapat-pendapat seterusnya…




A soldier from International Security Assistance Force (ISAF) inspects the body of a victim who was killed in suicide car bomb at a small village 9km north to Kabul, Afghanistan. At least two people were killed and one foreign soldier injured in a suicide bomb explosion occurred on the main road from Kabul to Bagram military base Tuesday morning.


Keseluruhan ulamak tidak mengitiraf jihad terhadap perbuatan mengebom orang awam sama ada orang awam Islam atau kafir. Perbuatan seperti ini mencemar kesucian Islam. Jika di lakukan atas nama Islam ianya amatlah menyedihkan. Bukankah makna Islam itu sendiri ialah keamanan dan keselamatan. Bagaimana boleh, agama Islam yang suci di bawa oleh manusia sesuci nabi, menganjurkan manusia meletupkan diri dikawasan tumpuan awam? Ianya sesuatu yang tidak masuk akal. Maka keseluruhan ulamak berpendapat, Islam masih berpengang kepada kaedah, ‘tujuan tidak menghalalkan cara’. Pengirtirafan jihad dan syahid hanya boleh diberikan bergantung kepada tujuan, sasaran dan niat pengebomman tersebut.

Dr. Yusuf Qurdhawi berpendapat, pengeboman berani mati yang mensasarkan serangan ke atas kem-kem tentera musuh atau post-post musuh dianggap syahid seperti yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Palastin ke atas tentera Israil. Pendapat ini mendapat kecaman dari Amerika dan media-media kafir tetapi menjadi pendapat yang paling dipersetujui oleh ulamak dan juga orang-orang awam Islam. Bahkan ini juga selalu berlaku di Iraq dan Afghanistan, di mana pejuang-pejuang berani mati meletupkan diri dan meranapkan konvoi-konvoi tentera Amereka dan Nato. Perbuatan yang mengoyang keyakinan tentera kafir ini tidak dianggap bunuh diri, kerana pengertian bunuh diri adalah jika seorang muslim membunuh dirinya untuk melepaskan diri dari kehidupan yang malang.


Disusun semula oleh:
kaki terjah
http://mujahadah-muda.blogspot.com/2009/10/pengebom-berani-mati-syahid-atau-mati.html

Fatwa al-Qardhawi tentang pengebom berani mati

DATO’ DR ISMAIL IBRAHIM

Sebelum saya memetik fatwa daripada ulamak terkenal, Dr Yusuf al-Qardhawi, tentang hukum pengebom berani mati iaitu perbuatan orang Islam yang bertindak nekad meletupkan dirinya dengan bom yang disalut pada badannya untuk membunuh orang lain, maka saya ingin memberikan sedikit gambaran tentang pembunuhan yang berlaku di dalam dunia pada hari ini, khususnya di dalam dunia Islam.

Hari Sabtu 1 Mei 2010, seluruh dunia menyambut Hari Buruh, dan terdapat juga insiden dalam perarakan hari buruh di seluruh dunia yang menimbulkan keganasan, pertempuran dengan polis dan sebagainya, tetapi tidak seteragis seperti yang berlaku di Somalia.

Umat Islam di Somalia menyaksikan insiden kematian dan pertumpahan darah pada Hari Buruh, dan pertumpahan darah serta pembunuhan ini bukan berlaku di jalan atau di padang, tetapi berlaku di masjid, tempat suci dan rumah Allah, dan berlakunya pula ketika umat Islam sedang menunggu untuk menunaikan ibadat, sembahyang Zuhur.

Tidak kurang daripada 30 orang yang mati dalam serangan kejam dan berdarah itu, dan ratusan yang lain cedera. Yang amat menyedihkan pula, yang menyerang dan membunuh bukanlah musuh yang berbeza agama atau bangsa, tetapi musuh sesama Islam, iaitu orang Islam membunuh orang Islam.

Sebabnya? Tak tahu sangat kita, tetapi menurut berita, keganasan ini berlaku kerana permusuhan sesama sendiri disebabkan agenda dan fahaman perjuangan politik yang berbeza. Ideologi politik dan perjuangan yang berbeza menimbulkan sikap dan rasa fanatik partisan yang melampau, dan apabila berlaku perbezaan dalam perjuangan masing-masing, maka perbezaan itu boleh menimbulkan permusuhan, maka cara penyelesaiannya ialah bertindak membunuh musuh itu, walaupun terpaksa dilakukan di dalam masjid.

Barang dijauhkan Allah, semoga hal ini tidaklah meresap masuk ke dalam negara kita ini, dan tidak pula menjadi trend bagi “perjuangan” politik umat Islam, yang sememangnya kelihatan bahawa umat Islam pada hari ini lebeh suka bermusuhan sesama sendiri, daripada bermusuhan dengan musuh yang sebenarnya.

Insiden membunuh sesama umat Islam ini sebenarnya bukan baru. Telah berlaku sekian lama di dalam negara Islam, orang Islam bertindak membunuh sesama sendiri. Pembunuhan ini sering juga dilakukan dengan “pengebom berani mati”, iaitu tindakan seorang “pejuang” yang membalutkan dirinya dengan bahan letupan yang banyak di bawah bajunya, kemudian berjalan sebagai orang biasa di mana-mana sasaran yang hendak dimusnahkannya, dan apabila berada di dalam khalayak yang tertentu, maka ia akan bertindak meletupkan dirinya, berkecai daging dan tulang belulangnya, serta membunuh sesiapa saja yang berada berdekatan dengannya.

Orang yang mati di sisinya, mungkin juga kanak-kanak, orang tua atau wanita, tetapi hal itu tidak dihiraukannya, asalkan dia berjaya menjalankan “misinya”. Orang yang melakukannya mungkin telah diberitahu oleh orang lain bahawa hal itu adalah merupakan “jihad” yang harus dilakukannya, dan ia akan mendapat syurga dengan mudah.

Saya cadangkan supaya kita di Malaysia segera mengambil satu pendirian tentang pengebom berani mati ini, kerana membunuh diri sendiri, atau membunuh orang lain tanpa hak yang dibenarkan oleh syarak adalah dosa besar, dan Allah tidak mengizinkannya. Jadi tindakan membunuh diri, walau pun seandainya orang yang hendak kita bunuh itu benar-benar musuh kita, pada hukum agama adalah haram dan berdosa, kerana Islam tidak membenarkan sesuatu “cara”, walau pun tujuan dan matlamatnya diharuskan. Matlamat tidak mengharuskan cara.

Sila lihat ayat-ayat al-Quran tentang peraturan-peraturan berperang di dalam Islam, dan hukum Allah terhadap perbuatan membunuh orang lain atau membunuh diri sendiri. (2:190 , 4:29-30, 17:33, 2:178-179) dan lain-lain.

Dr Yusuf al-Qardhawi telah agak lama mengemukakan fatwanya tentang hukum orang yang membunuh diri untuk membunuh orang lain, seperti yang disebutkan di atas, iaitu yang dikenali sebagai suicide bomber ini.

Beliau dalam buku koleksi fatwanya yang terbaru sekali lagi menegaskan bahawa perbuatan pengebom berani mati di bumi Israel oleh orang Islam adalah harus. Beliau berhujjah bahawa perbuatan ini harus dilakukan ialah kerana “masyarakat Israel semuanya adalah masyarakat tentera, lelaki dan perempuannya, dan orang Palestin adalah bertindak menentang pendudukan Israel, oleh itu hak untuk mempertahankan tanah air adalah merupakan hak yang diizinkan syarak, dan pengebom berani mati itu tidak menggunakan orang lain, malah mengorbankan dirinya sendiri untuk menakutkan musuhnya itu”.

Berdasarkan alasan inilah beliau memberikan fatwanya bahawa hanya para pengebom berani mati di Israel itu sahaja yang dibenarkan syarak, tidak di tempat lain, menurut yang saya fahami dari nas fatwanya itu (Fatawa Mu’asirah, juzuk 4, halaman 795, 2008, Doha).

Beliau telah memberikan kupasannya yang amat baik tentang adab-adab peperangan di dalam Islam, dan hukum syarak tentang perbuatan membunuh, tetapi di dalam isu pengebom berani mati di Israel seperti yang dijelaskannya itu mungkin menimbulkan beberapa pertanyaan, umpamanya kita boleh bertanya: benarkah semua anggota masyarakat Israel itu adalah masyarakat tentera? Bagaimanakah keadaannya sekiranya pengebom berani mati itu yang membunuh dirinya lalu menyebabkan kematian kepada kanak-kanak, orang tua dan lemah, atau orang luar yang bukan terdiri daripada orang Israel?

Hal ini mungkin agak tepat sekiranya dilihat kepada perbuatan membunuh diri oleh tentera Jepun di dalam peperangan dunia kedua yang dikenali sebagai Kamikaze, iaitu ketika tentera Jepun, khususnya juruterbang jet pejuangnya yang bertindak menjatuhkan pesawatnya ke atas kapal perang pihak Bersekutu di laut, malah terdapat tentera Jepun yang menerjunkan dirinya ke dalam serombong kapal perang Bersekutu untuk memusnahkan kapal perang musuh.

Tentara Jepun yang bertindak begitu memang menujukan sasarannya kepada armada angkatan laut musuh yang begitu banyak, dan pihak tentera Jepun melakukan gerakan membunuh diri ini semata-mata ditujukan kepada musuh, kerana kapal perang itu memang penuh dengan tentera musuh, maka Jepun ingin memusnahkan seberapa banyak kapal perang musuhnya itu, dan kerana itulah mereka bertindak nekad menjatuhkan pesawat perang mereka ke atas kapal perang musuh itu dan memusnahkannya.

Tetapi perbuatan pengebom berani mati di Israel yang tidak berjaya menembusi benteng pertahanan tentera Israel untuk memasuki ke kem tentera Israel untuk membunuh mereka dengan cara meletupkan dirinya itu, sering juga melakukan perbuatan ini di pasar, di stesen bas, di kedai kopi, restoran, dan sebagainya. Dalam keadaan ini timbullah persoalan di atas, iaitu apakah hukumnya pula dengan pembunuhan ini yang ada kalanya membunuh orang awam yang tidak berdosa, dan mereka bukannya tentera? Malah satu persoalan lain akan timbul juga di sini, iaitu apakah “tujuan” untuk membunuh musuh ini boleh dilakukan dengan membunuh diri sendiri sebagai “cara”nya, dalam kaedah “matlamat mengharuskan cara? (Al-Ghayah Tubarriru Al-Wasilah)

Semua orang mengiktiraf dan tahu bahawa Dr. Yusuf Al-Qardhawi adalah seorang yang pakar dalam fatwa, malah pemikirannya amat terkini. Tetapi dalam hal ini, timbul persoalan di kalangan ulamak lain, kerana beliau menjustifikasikan perbuatan membunuh diri untuk membunuh musuh.

Penulis ialah Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, UKM
http://ummatanwasatan.net/2010/05/fatwa-al-qardhawi-tentang-pengebom-berani-mati/

Thursday, January 20, 2011

Hukum Melancap (Onani)


ANDA SEDANG MENGALAMI MASALAH ONANI, DALAM KETAGIHAN MELAKUKANNYA?

YA ALLAH, KITA POHONKAN BANTUAN-NYA UNTUK DISELAMATKAN ANDA DARIPADA TERUS MELAKUKAN PERBUATAN SIA-SIA INI.


JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TERUS DIBELIT MASALAH INI. SETIAP MASALAH PASTI ADA PENYELESAIANNYA.


BERIKHTIARLAH SEHABIS MAMPU, SEBAIK MUNGKIN.



Hukum Melancap (Onani)
Anda boleh merujuk pautan berikut untuk penjelasan dan pemahaman lanjut mengenai masalah onani ini:





Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.Selamat dan sejahterakanlah perjalanan kami menuju-Mu. Matikanlah kami dalam menyebut kalimah tauhid.
Anda mungkin juga meminati:

Modified by Blogger Tutorial

mymuaz ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP