LONDON: Ia hanya gelang plastik tipis, yang dipakai pelajar, mungkin untuk tunjuk tanda persahabatan.
Gelang itu boleh diperoleh dalam pelbagai warna dan cukup murah.
Kini, ia menjadi sensasi dalam masa yang singkat di taman permainan sekolah rendah di seluruh Britain.
Namun, namanya yang membuat ibu bapa cemas - Gelang Seks. Dan ia dipakai oleh kebanyakan kanak-kanak yang terlalu muda untuk memahami maksud perkataan itu.
Anaknya, Sam yang berusia lapan tahun meminta wang untuk membeli satu gelang berkenaan daripada rakan sekolahnya minggu lalu.
Hasil perbincangan dengan ibu bapa pelajar lain, Donna mendapat tahu bahawa warna gelang yang berbeza itu membawa pengertian berlainan.
Setiap warna mewakili aksi seks berbeza, daripada peluk atau cium kepada menunjukkan buah dada dan aksi lain yang boleh membuat orang dewasa malu.
Jika seseorang mematahkan gelang itu daripada si pemakai, si pemakai perlu menawarkan aksi seks yang ada kaitan dengan warna gelang berkenaan.
Bagi warna emas, ia membolehkan si pematah mendapat seluruh layanan seks yang diwakili semua warna gelang.
Seperti Donna, Anna Kite, juga tidak tahu mengenai gelang yang dipakai anaknya, Holly, sembilan, sehingga seorang rakannya memberitahunya.
“Menurut rakan saya, anaknya mematahkan gelang merah jambu seorang pelajar perempuan di sekolah.
“Ini bermakna pelajar itu perlu menunjukkan dadanya kepada anaknya,” kata Anna.
“Saya serta-merta teringat pada anak saya, Holly yang memakai beberapa gelang merah jambu.
“Apabila saya menyoalnya, dia mengesahkan pelajar lelaki di sekolahnya mengejar pelajar perempuan yang memakai gelang itu dan jika berjaya mematahkannya, si pemakai perlu mencium mereka.”
Shannel Johnson, 32, dari Sheffield mendapat kejutan serupa apabila anaknya, Harleigh, lapan, memberitahu perkara yang sama.
“Jika mereka patahkan yang hitam, saya termaksa ‘membuat anak’ dengannya.”
“Saya tergamam. Saya terpaksa duduk dan menjelaskan kepadanya.
“Saya tidak sekali-kali akan membenarkan anak saya membeli gelang itu itu jika saya tahu maksud di sebaliknya,” kata Shannel. - Agensi