Saturday, September 26, 2009

Jaga bibir sambil beramal



PENGGUNAAN pelembap bibir amat penting untuk mencegah rekahan dan kekeringan bibir terutama pada Ramadan ini.


BAGI menyokong usaha Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dalam mengetengahkan bantuan kepada golongan wanita, jenama pelembap bibir, Mentholatum mengadakan kempen jualan kebajikan sepanjang bulan Ramadan ini.

Sebanyak 10 peratus daripada setiap hasil jualan produk rangkaian penjagaan bibir Mentholatum akan disumbangkan kepada WAO. Kempen tersebut telah dilancarkan bersempena dengan kempen kecantikan dan kesihatan yang diadakan di Hotel The Royale Bintang, Damansara baru-baru ini.

Penglibatan Rohto Mentholatum dalam menyokong WAO menunjukkan inisiatif mereka untuk memberi sokongan kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan tanpa bermotifkan keuntungan. Mentholatum percaya perkhidmatan mereka untuk golongan pembeli tidak berakhir dengan tawaran produk sahaja. Malah, ia lebih signifikan melalui usaha-usaha amal sebagai sumbangan bermakna kepada masyarakat tempatan.

Kempen itu juga secara tidak langsung bertujuan mempromosi dan memberi kesedaran terhadap penghormatan, penjagaan serta perlindungan kepada wanita, selain mencegah diskriminasi terhadap golongan itu.

Pengarah Jualan dan Pemasaran Rotho Mentholatum, Lim Mei Yuen berkata, inisiatif bersama WAO bertujuan menyalurkan sokongan yang amat diperlukan oleh wanita dan kanak-kanak di Malaysia.

"Kami menyediakan satu haluan untuk pengguna menyumbang kepada pihak yang memerlukan bantuan dengan harapan mereka akan mengambil bahagian melalui kempen kebajikan ini," katanya dalam majlis pelancaran kempen itu.

Pada majlis itu, pakar dietetik dari Hospital Besar Kuala Lumpur, Nur Hidayah dan seorang jurusolek jemputan berkongsi topik kesihatan serta tip-tip kecantikan bagi menyempurnakan bulan Ramadan.

Sebagai jenama terkemuka dalam produk penjagaan bibir, Mentholatum Lipbalm sentiasa berusaha untuk menyediakan langkah penyelesaian yang bukan sahaja memastikan bibir seseorang kelihatan segar dan menawan tetapi juga mengambil berat terhadap kesihatan dan penjagaan seseorang.

Pada Ramadan ini, penggunaan pelembap bibir amat penting untuk mencegah rekahan dan kekeringan bibir.

Formula kelembapan pelembap bibir Mentholatum membantu memelihara bibir dan mengganti kelembapan yang hilang.

Rangkaian produk Mentholatum Adult menawarkan pelembap bibir yang tidak berwarna dan tidak berperisa bagi kesesuaian kaum wanita pada bulan mulia ini.

Sumbangan 10 peratus daripada sebarang pembelian produk pelembap bibir Mentholatum dari 15 Ogos sehingga 30 Sept ini akan disalurkan kepada WAO.

0 comments:

Post a Comment

Modified by Blogger Tutorial

mymuaz ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP