NEW YORK: Seorang wanita yang menghadapi tuduhan membunuh semalam berkata, dia mengkaji kes Lorena Bobbitt yang memotong kemaluan suaminya pada 1993 sebelum bertindak membalas dendam terhadap bapanya yang didakwa cuba mencabulnya ketika dia kecil.
Brigitte Harris (gambar), 29, memberitahu juri di mahkamah Queens di New York demikian ketika memberi keterangan dari kandang saksi dalam perbicaraannya.
Dia menolak dakwaan pendakwa raya bahawa dia berniat membunuh bapanya, Eric Goodridge, 55 pada Julai 2007 di apartmennya di daerah Rockaway.
Pendakwa raya berkata, Brigitte, bekas pengawal lapangan terbang, menggari bapanya pada kerusi dan kemudian memotong kemaluan Goodridge dengan pisau bedah yang dibelinya menerusi Internet.
0 comments:
Post a Comment