Ditulis oleh Berita Harian |
SUNDAY, 01 NOVEMBER 2009 08:38 |
PEMAIN Kelantan meraikan kejayaan ke final Piala Malaysia menerusi agregat 5-1 selepas menewaskan Perlis 3-1 di Stadium Utama Kangar, malam tadi. Hatrik Nor Farhan pastikan Red Warriors mara selepas 39 tahun kempunan Kejayaan agregat 5-1 itu menyaksikan The Red Warriors bakal bertemu Negeri Sembilan - lawan yang menewaskan Terengganu, juga dengan angka jaringan sama - bagi memburu mahkota kejuaraan edisi kali ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, 7 November ini. Ketiadaan tonggak tengah, Indra Putra Mahyuddin sedikit pun tidak menjejaskan anak didik B Sathianathan dengan Nor Farhan membuktikan Kelantan mampu berdiri tinggi tanpanya apabila menjaringkan semua gol pasukan minit ke-26, 53 dan 87. Perlis bagaimanapun terus mencari gol pertama dan akhirnya berjaya disempurnakan Firdaus Fauzi pada minit ke-70 yang meloloskan diri daripada pertahanan sebelum menyepak tenang melepasi Halim. |
Perginya Mak Ajah … Alfatihah
-
Assalamualaikum as much i wanted to write; i kept on deleting the contents.
Bonda tercinta saya or known as Mak Ajah telah pulang ke rahmatullah pada
har...
4 years ago
0 comments:
Post a Comment