Kepala Charlotte yang berumur 18 tahun berjaya dikeluarkan oleh anggota-anggota bomba selepas tersekat selama 20 minit dalam tandas di tapak festival muzik di sini, baru-baru ini.
Kejadian berlaku semasa tangannya cuba mencapai semula beg tangannya yang terjatuh ke dalam mangkuk tandas.
“Saya menggunakan sebelah tangan tetapi gagal mencapai beg lalu memasukkan satu lagi tangan menyebabkan bahu saya tersangkut dalam mangkuk tandas kayu.
“Muka saya berada hampir 30 sentimeter dari takungan najis tandas,” katanya.
Charlotte mahu mengambil beg itu kerana ia mengandungi beberapa barangan peribadi miliknya seperti telefon bimbit, tiket kereta api dan sejumlah wang tunai.
Seorang rakan Charlotte menghubungi pihak bomba di tapak festival selepas menyedari rakannya menghadapi masalah itu.
Dua anggota bomba yang memegang tubuh Charlotte menarik dia dengan kuat menyebabkannya mengalami luka di bahu dan pinggul.
Anggota-anggota bomba terpaksa membuka bahagian bumbung tandas untuk menarik tubuh Charlotte.
Dia segera dibawa ke tempat mandi dan pakaiannya ditanggalkan sebelum tubuhnya disembur dengan air untuk membersihkan kekotoran.
“Pihak bomba pada mulanya menyangka ia merupakan satu gurauan,” kata Charlotte. – Agensi
0 comments:
Post a Comment